BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke blog saya.... =D


Jumaat, 18 Februari 2011

PERCAMPURAN KOD + BAHASA PASAR = SITUASI FORMAL??

Salam semua...
Kali ini saya terasa tertarik untuk membincangkan isu berkaitan penyalahgunaan bahasa oleh segelintir masyarakat yang berada dalam kerjaya profesional. Secara lebih mudah, kita menamakannya sebagai bahasa percampuran kod iaitu bercampur dengan pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Inggeris, dialek-dialek negeri dan sebagainya. Kadang-kadang ia dianggap sebagai bahasa pasar.  Bahasa ini biasanya kita gunakan untuk berbicara secara tidak formal seperti berada di pasar. Tetapi, jika lihat senario hari ini, kebanyakan individu yang berada di bawah golongan profesional juga turut menggunakan bahasa ini dalam situasi formal seperti di dalam kelas, mesyuarat dan sebagainya. Hal ini amat bercanggah dan tidak sesuai sama sekali. Contoh terdekat yang dapat saya berikan adalah seperti berikut:
"Maka berkatalah Prof. Dr. Noraini Bt Idris, TNC, Penyelidikan dan Inovasi UPSI kepada para pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya dan profesor di Fakulti Bahasa dan Komunikasi pagi tadi, di Dewan E-Learning.

Sebelum I go on ... Kita dibesarkan dalam
diferen-diferen culture!!!... 
Dah siap proposal you .. Ai maybe kita ... ada represent ..... bila you hanta ...

Kita tak boleh wok sorang-sorang, cari geng yang boleh ngam dengan kita ... kita ni yunik ...

Kita jumpa bos UNICEF di Malaysia ... sampai ... sampai,

Sampai Ai tak tahan lama dok tang tu, so Ai blah dulu, Yuol tau laa, Ai ni ada ... Ada bingit telinga! Telinga Ai ni sikit ada nipis!!!"
(Dipetik daripada laman sosial milik Prof. Emeritus Abdullah Hassan) 
Buah Fikiran
Ketika kita berhadapan dengan situasi formal, kita haruslah menggunakan bahasa persuratan dengan baik. Kita tidak seharusnya menggunakan bahasa percampuran kod dan bahasa pasar. Hal ini ditambahkan lagi dengan profesion yang kita sedang pegang iaitu sebagai Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tambahan pula, kerajaan pernah mengiklankan slogan seperi 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Bahasa yang kita gunakan akan mencerminkan siapa kita dan bagaimana perilaku dan keadaan diri kita. Sebagai golongan profesional, kita seharusnya bijak memilih dan membezakan yang mana satukah bahasa yang wajar kita gunakan dan bersesuaian dengan konteks. 

0 ulasan: