Assalamualaikum...
Ramai yang cakap intonasi yang digunakan dalam dialek Terengganu, Pahang, Melaka dan Kedah kasar. Entah di mana kasarnya tidaklah boleh dilihat dengan mata kasar. Kita harus menelitinya dari pelbagai sudut dan aspek. Hal ini demikian kerana, penelitian yang kurang jelas akan menghasilkan keputusan yang kurang memuaskan. Sebelum saya membincangkan isu ini dengan lebih lanjut lagi, saya ingin bertanya tentang pendapat kamu. Adakah kamu bersetuju bahawa ketiga-tiga daerah tersebut mempunyai intonasi yang meninggi dan kasar?
Pada saya, setiap dialek mempunyai intonasi meninggi dan kasar. Tidak boleh andainya kita hanya menuding jari ke arah tiga negeri itu sebagai kasar. Jika kita marah atau terasa hati dengan seseorang itu, kita juga akan menggunakan intonasi yang tinggi, betul tidak?
Buah Fikiran
Semua dialek adalah sama. Semua dialek mempunyai intonasi yang tinggi dan kasar, sesuai dengan keadaan dan status sosial mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan