Assalamualaikum...
Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang apa yang berlaku semalam di dalam kelas Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Agak kelakar! Semalam pensyarah saya bercerita mengenai selipar jepun, kemudian pensyarah saya bertanya kepada pelajar dengan soalan begini:
"Selipar jepun dugunakan untuk ke mana?"
Dengan spontan kawan saya menjawab, "ke jamban!"
Pensyarah saya pula dengan terkejut menjawab, "Cikgu, kamu ini bakal cikgu. Pengajaran dalam kelas ini formal jadi, gunakanlah bahasa yang betul."
Kami sangkakan kenapa, rupa-rupanya pensyarah cakap perkataan "jamban" tidak sesuai digunakan sebab membawa makna yang agak kasar jika berada dalam situasi formal. Jika bersama kawan-kawan, tidak salah kita menggunakan perkataan tersebut.
Buah fikiran
Jadi, bagi menggantikan perkataan "jamban", kita mestilah menggunakan perkataan "tandas" berdasarkan konsep 'eufemisme' iaitu melembutkan bahasa yang digunakan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas adalah bersifat formal, jadi tutur kata dan tingkah laku yang ditonjolkan haruslah selaras dengan konsep formal itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan