Salam semua...
Bila bercakap tentang fenomena melatah ini, saya teringat satu cerita dan peristiwa melatah yang berlaku di antara saya dan kawan saya. Saya ada seorang kawan, berjantina perempuan dan sebaya dengan saya. Dia berasal dari kampung yang sama dengan saya dan kami membesar bersama-sama kerana dari kecil kami menuntut ilmu di sekolah yang sama sehinggalah kami berdua berjaya menjejakkan kaki kami di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Apa yang melucukan hati kami, kawan saya seorang yang sangat kuat melatah. Dia langsung tidak boleh berada dalam situasi yang terkejut. Hal ini ditambahkan lagi apabila melatah, kawan saya akan menyebut perkataan 'kambing'. Perkataan tersebut sememangnya begitu sinonim dengan hidupnya. Setiap kali melatah, kawan saya ini sering menyebut perkataan 'kambing' tersebut.
Buah fikiran
Jika ditinjau ke arah yang lebih jauh, kawasan penempatan kawan saya di kampung sememangnya dipenuhi dengan kambing. Kambing-kambing sentiasa berkeliaran di kawasan rumahnya. Dan secara logik akalnya, kemungkinan keadaan persekitaran itulah yang membuatkan dia sering menyebut perkataan tersebut. Persekitaran mempengaruhi perkataan yang dilatahnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan