Salam semua....
BANYAK BAHASA = BERCELARU = NEGATIF?
Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang apa yang ingin saya utarakan hari ini, terlebih dahulu saya ingin bertanya adakah kamu semua bersetuju dengan kenyataan yang diberikan di atas?
Bagi saya, saya sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Apa yang saya tahi dan percaya, dengan adanya pengetahuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, ia akan menjadi satu aset dan kelebihan buat kita. Saya juga teringin untuk bertutur dalam pelbagai bahasa. Hal ini demikian kerana, jika kita fasih bertutur dalam pelbagai bahasa kita tidak akan tersesat walau di mana sekalipun kaki kita berpijak. Hal ini juga akan memudahkan kita untu berurusan dengan masyarakat setempat pemilik bahasa tersebut berkaitan hal-hal dan perkara harian.
Contohnya bapa saudara saya. Bapa saudara saya tinggal di Crabi, Thailand. Sebelum berkahwin dengan ibu saudara saya, dia merupakan seorang penganut berbangsa Cina Thailand. Namun selepas berkahwin dengan ibu saudara saya, dia dengan rela hati dan sukanya untuk memeluk agama Islam. Namun dia tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu walaupun dalam dialek Siam. Jadi, bapa saudara saya hanya akan bertutur dalam tiga bahasa utamanya iaitu Cina, Siam dan bahasa Inggeris. Sekiranya dia bersama keluarganya, dia akan bertutur dalam bahasa Cina, manakala jika bersama keluarga ibu saudara saya, dia akan bertutur dalam bahasa Siam. Dan jika bersama kami yang tinggal di Kelantan, dia akan bertutur dalam bahasa Inggeris.
Jadi, di sini kita dapat rumuskan bahawa kemampuan bertutur dalam pelbagai bahasa akan memberikan kita kelebihan dalam berkomunikasi dengan pelbagai latar masyarakat. Dan dengan itu, pendapat yang dinyatakan di atas amat bercanggah sekali dengan pendapat saya.
Bagaimana pula dengan kamu?
0 ulasan:
Catat Ulasan