Sekarang pelbagai ragam bahasa yang digunakan terutamanya dalam kalangan remaja. Mereka seolah-olah cuba membentuk perkataan lain agar ianya kelihatan lebih menarik dan sedap didengar serta disebut. Sebagai contoh:
- Mereka (diorang)
- Kami (kitorang)
- Kamu semua (korang)
- Seorang diri (sorang2)
- Sayang (tayunk)
- baiklah (okai, okeng)
- kenapa dengan engkau (wak lu)
- kenapa (amende)
- I love You (i lap u, lebiu)
Bagaimana rasanya kalau anak-anak zaman sekarang bercakap begitu dengan kedua ibu bapa mereka? Mesti nampak agak kurang ajar, bukan? Contohnya:
"Wak lu ayah?"
Mesti penampar hangat akan hinggap di pipi remaja itu dengan sepantas kilat kan? Mesti ibu bapa itu akan terkejut apabila anaknya berbicara sebegitu dengannya kerana ia menampakkan seolah-olah anaknya itu tidak mempunyai didikan agama yang cukup.
Mesti penampar hangat akan hinggap di pipi remaja itu dengan sepantas kilat kan? Mesti ibu bapa itu akan terkejut apabila anaknya berbicara sebegitu dengannya kerana ia menampakkan seolah-olah anaknya itu tidak mempunyai didikan agama yang cukup.
Namun inilah yang dikatakan sosiolinguistik atau dengan kata lain bahasa dan masyarakat. Percakapan kita akan dan boleh berubah pada bila-bila masa sekiranya pergaulan dan pengaruh rakan sebaya berlaku. Saya juga percaya ramai yang meggunakan bahasa sebegini, baik yang bekerja, belajar di universitu mahupun yang tinggal di pelosok mana sekalipun.
Komen:
Tidak salah sebenarnya sekiranya kita berbahasa sebegitu namun jika dinilai dari sudut sensitiviti, ia dianggap tidak sopan dan boleh menyinggung sesetengah masyarakat yang mendengarnya. Apa salahnya jika cuba untuk menggunakan bahasa yang elok, bersopan dan sedap didengar? Apabila kita berbahasa dengan penuh sopan, orang lain juga akan menghormati kita. Betul?
0 ulasan:
Catat Ulasan