BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke blog saya.... =D


Rabu, 9 Februari 2011

MELAYU SIAM + MELAYU KELANTAN

Hai....
Mungkin hampir kesemua masyarakat Kelantan tahu dan menyedari bahawa kebanyakan masyarakatnya mempunyai perkaitan atau persaudaraan dengan masyarakat Melayu Siam. Hal ini demikian kerana faktor geografinya yang bersempadan dan dekat. Begitu juga halnya dengan saya. Emak saya berasal dari Thailand manakala ayah saya pula berkelahiran Kelantan.Tapi sejak kecil lagi kami adik-beradik dilatih berbahasa Melayu dan berdialek Kelantan. Dahulu, pernah juga kami belajar cakap Siam tetapi disebabkan lidah Melayu yang agak keras jadi kami mengalam kesukaran untuk menyebut perkataan Siam. Emak saya dan ahli keluarganya boleh berbahasa Siam dengan baik walaupun mereka berketurunan Melayu Siam.
Tetapi apa yang menarik, disebabkan faktor geografi antara Thailand dan Kelantan yang dekat dan hasil perkahwinan ini, ayah saya boleh berbahasa Siam. Kadang-kadang, kami akan bercakap dalam bahasa Siam di rumah tetapi hanya untuk perkataan-perkataan tertentu dan mudah.
Contohnya: 

Pai nai? –  hendak pergi mana?
Pai ti ban Ahmad – pergi rumah Ahmad.
Kin kau – makan nasi
Amnam – mandi
Terosak – telefon
To – hubungi
Khop khun khap – terima kasih
Can rak ter – saya sayang awak
Vairun – orang muda
Swai cin cin – perempuan cantik

Selain itu, terdapat juga dialek Melayu Siam yang sering digunakan oleh arwah datuk dan nenek saya.
Contohnya:
Nok gi bekno?
Lek beknung?
Ke sik?

Jadi, di sini dapat disimpulkan bahawa faktor geografi dan perkahwinan campur ini juga akan mempengaruhi bahasa kita iaitu sosiolinguistik (bahasa dan masyarakat). Pengaruh yang dibawa akan mempengaruhi pihak kedua. 

0 ulasan: