BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke blog saya.... =D


Selasa, 15 Februari 2011

Kepelbagaian Penggunaan Kata Ganti Nama Diri di Malaysia

Salam... 
Negara kita, Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat unik, bukan? Mana tidaknya, negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk di mana pelbagai bangsa dan etnik berdiri di bawah satu bumbung yang sama. Dengan adanya bangsa dan etnik yang pelbagai ini jugalah, terciptanya pelbagai bahasa yang sangat unik. Pemerhatian bahasa yang unik ini hanya saya kaji dari aspek yang sangat kecil iaitu dari aspek penggunaan kata ganti nama diri. Pelbagai bentuk kata yang digunakan sehingga saya sendiri tidak memahaminya terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan Sabah dan Sarawak. Bagi saya masyarakat Kelantan, kata ganti nama diri yang selalu digunakan ialah:
Saya: aku, kawe, ambo, sayo
Awak: mu, demo, awok
Mereka (ramai): sek mu, awok mu 
Begitu juga dengan Terengganu yang mempunyai persamaa bentuk kata dengan Kelantan tetapi berbeza dari segi bunyinya. 
Saya: aku, saye
Awak: awok, mung, deme
Bagi masyarakat di Sarawak dan Sabah, mereka mempunyai banyak kata tetapi saya masih tidak mampu untuk membezakannya. Contohnya:
Saya: kitak
Awak: kamek, nuan
Perak pula: kome
Negeri sembilan: ekau, eden.
Selain daripada perkataan-perkataan tersebut, terdapat banyak lagi perkataan lain cuma saya belum membuat penyelidikan tentangnya. Jadi, daripada apa yang kita lihat di atas, kita sudah boleh membuat rumusan awal bahawa masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai bahasa dan dialek yang terangkum di dalamnya.

0 ulasan: