BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke blog saya.... =D


Rabu, 16 Februari 2011

KATA PANGGILAN KELUARGA

Salam semua....
Hari ini saya teringin untuk memperkata mengenai sesuatu yang mudah, tidak rumit dan sesuatu hal yang remeh-temeh yang sentiasa berlaku di sekeliling kita. Hal yang dimaksudkan tersebut ialah mengenai kata panggilan dalam sesebuah keluarga.
Dalam keluarga, kita akan mempunyai nama panggilan tertentu, selain daripada nama kita yang sebenar seperti yang tertera di atas kad pengenalan. Kata panggilan ini juga berbeza susunannya mengikut negeri. Contoh kata panggilan adalah seperti berikut:
-along
-angah
-achik
-teh
-itam
-uda
-ucu
-andak
-alang
Tetapi, tidak semua kata panggilan itu digunakan dalam sesebuah keluarga. Contohnya, kawan saya menggunakan nama panggilan tersebut dalam keluarganya:
-along
-angah
-achik
-teh
-ucu
-uda
-alang
-adik
Bagi keluarga saya pula, kami lebih menekankan nama panggilan dalam keluarga kepada ahli keluarga perempuan. Contohnya:
kakak sulung: kakak
abang: abang Jo
abang: abang Ja
saya: angah
adik perempuan: achik
adik perempuan: kak Tirah atau adik
adik bongsu: adik
Manakala bagi keluarga ibu saidara saya pula, dia lebih menekankan nama panggilan dalam keluarga kepada ahli keluarga lelaki sahaja. Contohnya:
-abang long
-abang ngah
-abang chik
Tetapi bagi ahli keluarga perempuan sahaja, mereka hanya memanggil dengan nama biasa sahaja seperti yang tertera di atas kad pengenalan. 

Buah Fikiran
Kata panggilan yang digunakan dalam sesebuah keluarga adalah berbeza mengikut negeri, adat dan budaya yang diamalkan. Tidak semua orang menggunakan kata panggilan yang sama. 
Sekadar hiasan

0 ulasan: